Galeri Foto

PROGRAM PERTUBUHAN PRIHATIN JENAYAH : MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI 2023 JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 09 September 2023 – Program Pertubuhan Prihatin Jenayah : Mencegah Lebih Baik daripada Memerangi anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan di Dewan Misai Kucing, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tunjong, Negeri Kelantan.

Matlamat program ini bagi memberi pendedahan serta mendidik masyarakat membudayakan tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah dan memperkasakan keselamatan komuniti tanpa melanggar undang-undang  yang berkuatkuasa.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan bagi memberi kesedaran kepada ahli-ahli persatuan tentang bahayanya jenayah scammer dan rasuah dalam masyarakat serta meningkatkan amalan integriti dikalangan ahli.

Selain itu, Taklimat Perkongsian Pintar disampaikan oleh  Dr. Cik Noor Hisham bin Mohd Nawi pengerusi Persatuan Penduduk Takang Madani (PERTAMA) bagi berkongsi pandangan dan idea di kalangan pertubuhan. Perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam berpersatuan dalam komuniti.

Pada masa yang sama, Majlis penyerahan “Mock Cheque” Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) JPPM 2023 yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kepada 30 Pertubuhan ketegori sosial penduduk yang telah diluluskan. Melalui Bajet 2023 telah meluluskan peruntukan bagi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kepada Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti setempat.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP